Wednesday, July 31, 2013

Catatan rindu buat lagu Melayu

Salam kepada semua.

Kali ini, Cg ingin membawa para pelajar menelusuri zaman dan mengenali satu senandung warisan yang amat Cg gemari.  Lagu ini berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa. Hmm ... nama lagunya saja sudah 'çheem' kata orang sekarang.

Cg pilih lagu ini kerana lagu ini cukup menyentuh perasaan. Lagu ini diperkenalkan lewat filem Anak ku Sazali dan dinyanyikan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

Cg rasa filem ini harus ditonton oleh semua ibu bapa muda, terutama sekali yang baru dapat cahaya mata. Alahai ... banyak pengajaran yang boleh didapati darinya. Betul kata peribahasa kita ... 'Sayangkan anak tangan-tangankan ...'.  Bukan pukul tapi terapkan disiplin ...

Cikgu turunkan liriknya:

Tiada kata secantik bahasa
untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
nak ku tunjuk perasaan

Ohh ...
Dinda puspa gemala
mengharum jiwa
Hmm ...
Dinda puspa gemala
mustika kanda

          Namun musim berubah
          suasana bertukar
          Tapi ikatan mesra
          sikit pun takkan longgar

          Tiada kata secantik bahasa
          untuk ku puji adinda
          Tiada gambar secantik lukisan
          nak ku tunjuk perasaan.

Kita boleh bertanya apa yang ada pada sebuah lagu sehingga ia berjaya meninggalkan jejak segar dalam ingatan bersama (collective memory) sesebuah masyarakat?

Cg rasa jawapannya terletak pada kekuatan lagu itu sendiri. Lagu Tiada Kata Secantik Bahasa memang indah dan merdu baik dari sudut bahasa atau iramanya. Lebih dari itu, lagu ini cukup kental dengan unsur Melayunya.


Kata-kata yang membentuk lirik lagu ini cukup sederhana. Namun pada kesederhanaan itulah terletak kekuatannya. Lagu ini berbicara tentang kasih sayang. Tentang kukuhnya kasih yang mempertautkan dua hati.

Irama lagu ini juga tipikal Melayu. Tidak ada keraguan dalam hal ini. Lembut dan merdu pada pendengaran. Maka tidak hairanlah kalau lagu ini dengan mudah meresap ke dalam jiwa setiap orang Melayu yang mendengarnya.



Hmm ... Cg teringat juga pada sebuah lagu Inggeris yang meraikan peranan kata-kata dalam membantu menjalinkan perhubungan antara manusia. Kata adalah ibarat senjata - senjata yang ampuh yang boleh mempertaut dan menawan hati manusia.

Dan lewat lagu Words oleh kumpulan Bee Gees, kata-kata berikut diabadikan dalam ingatan para penggemar musik mereka..

    " Its only words.
And words are all I have.
To take your heart away." 

Hebat kata-kata ini. Kesannya cukup puitis. Seperti lagu TKSB, lagu Words juga menyanjung hubungan kasih antara manusia. Sebab itulah agaknya ... kenapa kedua-dua lagu ini cepat meresap ke dalam jiwa pendengarnya.

Apa kata pelajar semua?


Foto diambil dari:
1.  www.asiaonecd.com
2.  khairil_husni.blogspot.com
3.  klip video dari mrcupan (youtube)




Wednesday, July 17, 2013

Belia dan Blog


Salam sejahtera pelajar-pelajar H1

Ini adalah post Cg yang pertama dalam iProsa Melayu. Fikir punya fikir, akhirnya Cg pilih topik belia dan blog. Kenapa blog? Cg rasa blog merupakan salah satu platform terkini yang berupaya mempamerkan kreativiti belia. Blog membolehkan belia memanfaatkan bakat mereka. Pendek kata keunikan blog belia terletak kepada kemahiran mereka mencipta blog mereka.

Kegiatan yang diminati belia
Blog termasuk dalam wadah media sosial - Facebook, Twitter, dll. Wadah ini meraikan perhubungan dan komunikasi. Media baru ini membantu belia menjalin perhubungan dengan teman-teman, saudara-mara dan masyarakat.

Jarak tidak lagi memisahkan. Jauh atau dekat tidak lagi menjadi persoalan. Blog merentas jarak dan sempadan untuk menjadikan dunia terutama sekali dunia maya sebuah kampung global yang tiada berpagar atau berdinding. Dengan perkataan lain, blog mendekatkan!

Kehebatan belia memanfaatkan teknologi komunikasi memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Kata orang "they live and breathe technology." Versi Melayunya?  Mereka hidup dan bernafas teknologi. Hmm ... Bolehlah.


Dunia blog belia - rancak dan bertenaga
Jadi apa yang ditulis oleh belia? Satu rencana yang disiarkan dalam akhbar online The Guardian menjelaskan bahawa belia barat suka buat post tentang fesyen, filem, selebriti dan makanan. Alahai ... Cikgu rasa belia Singapura pun mempunyai kecenderungan yang sedemikian. Perkembangan global membentuk dan mewarnai budaya belia sejagat. Belia kita membesar dalam budaya yang berbaur ... timur-barat.

Globalisasi mencipta citarasa yang sama. Kata Rudyard Kipling "O, East is East and West is West. And never the twain shall meet." Alahai kenyataan hari ini  berbicara sebaliknya. Cg rasa ungkapan ini perlu dilawati semula.

Internet membolehkan belia mencipta dunia mereka sendiri. Dunia yang diwarnai oleh "imagination, gang, cliques and clubs, worlds apart from adults."  Dan blog mereka mencatat ini semua.

Meraikan jaringan perhubungan

Hari ini membuat blog menjadi seolah-olah "a rite of passage" bagi belia - suatu upacara pendewasaan yang harus mereka lalui. Kenyataan bahawa satu blog dicipta setiap saat dan kebanyakannya oleh belia membuktikan hakikat ini.

Dan kepada pelajar-pelajar H1,  apakah pula pandangan anda?


Foto diambil dari:

1. billnance.org
2. sparkaction.org
3. propakistani.pk